mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel Mahir Sumo Robot – Siri 4 (Sekolah Rendah)

Tarikh   : 08 November 2025

Masa    : 10.00 – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Diteruskan sebagai kesinambungan siri sebelum ini dengan tujuan memperkukuh pemahaman peserta mengenai asas robotik. Objektif utama adalah untuk memperkenalkan kemahiran asas penyambungan litar, pengendalian sensor serta pemahaman fungsi komponen utama yang digunakan dalam pembinaan robot. Program ini dirangka bagi membantu peserta menguasai asas teknikal yang diperlukan sebelum melangkah ke peringkat pengaturcaraan robotik.

Aktiviti

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah mempelajari proses sambungan litar dengan lebih teratur, cara mengendalikan pelbagai jenis sensor serta memahami bagaimana setiap komponen mempengaruhi pergerakan robot. Setiap peserta turut didedahkan kepada asas pengaturcaraan bagi membolehkan robot sumo berfungsi dan bergerak mengikut arahan yang ditetapkan. Melalui pengisian ini, peserta bukan sahaja memperoleh kemahiran praktikal tetapi juga berpeluang mengembangkan kemahiran berfikir secara logik, menyelesaikan masalah serta bekerja dalam pasukan.

Gambar di sini