mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Tiny Techies – Bengkel Mahir IoT Inovasi – Siri 4 (Sekolah Menengah)

Tarikh   : 08 November 2025

Masa    : 11.30 am – 12.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Diteruskan sebagai kesinambungan daripada sesi-sesi sebelumnya dengan tujuan memperkukuh kemahiran peserta dalam membangunkan projek berasaskan teknologi Internet of Things. Objektif utama adalah untuk memastikan setiap peserta memahami konsep asas IoT, mampu memanfaatkan set microbit yang dibekalkan serta menguasai kemahiran asas pengaturcaraan bagi menghasilkan projek inovatif yang berfungsi.

Aktiviti

Sepanjang bengkel hari ini, peserta mempraktikkan penggunaan microbit dengan lebih mendalam, termasuk memahami input dan output, penggunaan sensor, pengaturcaraan blok serta integrasi komponen untuk menghidupkan idea projek masing-masing. Pengisian ini memberi peluang kepada peserta meneroka kreativiti mereka, menyelesaikan masalah secara praktikal dan membina projek IoT yang lebih teratur berdasarkan latihan siri-siri sebelumnya. Antara kelebihan yang diperoleh ialah peningkatan kemahiran teknikal, kefahaman lebih jelas mengenai aplikasi IoT dan keyakinan menghasilkan projek secara kendiri. Terima kasih kepada semua peserta dan pihak sekolah atas komitmen dalam menjayakan bengkel ini.

Gambar di sini