Tarikh : 14 November 2025
Masa : 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Tujuan sesi ini adalah untuk membina pengetahuan teknikal yang kukuh agar peserta lebih yakin dalam melakukan pemeriksaan, penyelenggaraan dan pembaikan ringan pada peranti.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta diperkenalkan kepada RAM, SSD, LCD dan CMOS, merangkumi apa itu setiap komponen, fungsi utama, jenis yang biasa digunakan serta peranan pentingnya dalam prestasi dan operasi komputer. Penerangan berfokus ini memberi gambaran jelas tentang bagaimana setiap komponen saling melengkapi dalam memastikan komputer berfungsi dengan baik. Sesi ini memberikan kelebihan kepada peserta melalui pendedahan pengetahuan teknikal asas, peningkatan kemahiran troubleshooting serta pemahaman lebih mendalam terhadap struktur dalaman komputer.