Tarikh : 18 November 2025
Masa : 2.00 – 3.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada prinsip asas komunikasi visual yang efektif, khususnya dalam konteks pemasaran digital dan media sosial.
Aktiviti
Sepanjang sesi, peserta telah mempelajari prinsip penting dalam komunikasi visual, teknik mereka bentuk visual yang menarik untuk platform media sosial, serta cara menggunakan elemen visual untuk menarik dan mengekalkan perhatian pelanggan. Pendekatan yang praktikal dan mudah diikuti membolehkan peserta terus mengaplikasikan ilmu ini dalam bahan promosi mereka.