Tarikh : 18 November 2025
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Program ini dijalankan bagi membantu pelajar memahami format peperiksaan dan meningkatkan kemahiran menjawab soalan Bahasa Inggeris dengan lebih efektif.
Aktiviti
Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 3, sesi memberi tumpuan kepada latihan berasaskan kertas ujian UASA, termasuk struktur soalan, teknik menjawab dan penguasaan tatabahasa. Manakala bagi pelajar Tingkatan 4, pembelajaran difokuskan kepada kertas percubaan SPM 2025, dengan penekanan pada strategi menjawab yang lebih matang dan kritikal. Melalui sesi interaktif ini, pelajar berpeluang mendapatkan penerangan terus daripada tutor, mengukuhkan kefahaman terhadap komponen penting seperti pemahaman, penulisan, tatabahasa dan kosa kata, serta meningkatkan keyakinan menghadapi peperiksaan.