mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (CARE) Webinar Hati Sihat, Hidup Sejahtera – Kenali Tanda Awal Masalah Hati Dalam Wanita | Dr Norazila binti Naiem, Consultant Internal Medicine Physician

Tarikh   : 12 dan 19 Disember 2025

Masa    : 10.30 – 11.00 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita mengenai kepentingan penjagaan kesihatan hati serta mengenali tanda-tanda awal masalah hati yang sering tidak disedari. Webinar ini dirangka untuk memberi pengetahuan asas tentang faktor risiko, simptom awal dan langkah pencegahan supaya masalah hati dapat dikesan lebih awal, seterusnya membantu wanita mengambil tindakan proaktif bagi mengekalkan kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Aktiviti

Sesi ini memberi pendedahan penting tentang tanda-tanda awal masalah hati yang sering berlaku dalam kalangan wanita tetapi kerap tidak disedari, selain faktor risiko, cara pencegahan dan kepentingan saringan kesihatan berkala. Melalui penerangan yang jelas dan mudah difahami, peserta dapat memahami bagaimana fungsi hati mempengaruhi keseluruhan kesihatan serta tindakan awal yang wajar diambil bagi mengelakkan komplikasi serius.

Gambar di sini