Tarikh : 18 Disember 2025
Masa : 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya untuk meningkatkan kesedaran serta kefahaman peserta terhadap isu keselamatan dan privasi digital yang semakin membimbangkan. Webinar ini dirangka bagi membekalkan pengetahuan praktikal supaya orang ramai lebih peka terhadap ancaman pemantauan tanpa kebenaran dalam persekitaran harian.
Aktiviti
Sepanjang slot kedua ini, peserta didedahkan dengan penerangan yang lebih mendalam tentang cara mengenal pasti kewujudan kamera tersembunyi, memahami risiko keselamatan dan privasi yang terlibat, serta langkah pencegahan dan tindakan yang boleh diambil bagi melindungi diri dan keluarga. Pengisian ini memberi kelebihan kepada peserta untuk bertindak dengan lebih berhati-hati, berinformasi dan bersedia menghadapi ancaman siber yang semakin kompleks.