Tarikh : 19 Disember 2025
Masa : 10.30 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya untuk meningkatkan kefahaman masyarakat tentang cabaran kesihatan mental yang dihadapi oleh remaja masa kini. Webinar ini dirangka bagi memberi pendedahan menyeluruh terhadap faktor-faktor utama yang menyumbang kepada tekanan dalam kalangan generasi Gen-Z, khususnya dalam konteks akademik, emosi, pengaruh media sosial dan realiti kehidupan harian.
Aktiviti
Sepanjang sesi webinar berlangsung, peserta didedahkan kepada kupasan berasaskan pengalaman dan ilmu psikologi pendidikan oleh Mr. Teow Chean Khai, yang menekankan bukan sahaja aspek teori tetapi juga solusi praktikal yang boleh diaplikasikan oleh remaja, ibu bapa dan pendidik. Pengisian ini memberi kelebihan kepada peserta untuk memahami tanda-tanda awal burnout, membina daya tahan emosi serta mengamalkan pendekatan pengurusan tekanan yang lebih sihat dan berkesan.