Tarikh : 26 Disember 2025
Masa : 10.30 – 12.00 Tengahari
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memupuk kesedaran penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab dalam kalangan kanak-kanak dan generasi muda melalui pendekatan kreatif dan menyeronokkan.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung sebagai aktiviti interaktif di bawah inisiatif Kempen Internet Selamat (KIS) anjuran MCMC melalui NERA, di mana peserta diberi peluang mewarna poster bertemakan keselamatan digital. Melalui aktiviti ini, mesej penting berkaitan penggunaan internet secara bijak, selamat dan beretika dapat disampaikan dengan lebih mudah difahami, sekali gus menggalakkan pembelajaran yang santai, menyeronokkan dan bermakna kepada peserta.