Tarikh : 06 Januari 2026
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektif untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar menengah melalui pengukuhan tatabahasa mengikut tahap pembelajaran masing-masing. Program ini dirangka bagi membantu pelajar memahami struktur bahasa dengan lebih jelas serta meningkatkan keyakinan dalam penggunaan Bahasa Inggeris secara lisan dan bertulis.
Aktiviti
Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti sesi pembelajaran secara langsung mengikut tingkatan, di mana pelajar Tingkatan 1 mempelajari topik Grammar: Pronouns, Tingkatan 2 memfokuskan kepada Conjunction, Tingkatan 3 kepada Present Perfect Continuous Tense, Tingkatan 4 kepada Perfect Tense, manakala Tingkatan 5 didedahkan dengan topik Advanced Tense. Setiap sesi disampaikan oleh guru berpengalaman dengan pendekatan interaktif serta peluang untuk pelajar bertanya soalan secara terus bagi mengukuhkan kefahaman.