Tarikh : 10 Januari 2026
Masa : 10.00 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas idea perniagaan serta membimbing mereka memahami konsep perancangan perniagaan secara ringkas dan mudah melalui pendekatan yang menyeronokkan.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan pengisian merangkumi pengenalan kepada dunia keusahawanan untuk kanak-kanak, cara mengenal pasti dan menjana idea perniagaan mudah, asas pembentukan mini business plan, serta aktiviti interaktif dan perbincangan idea bersama peserta. Melalui sesi ini, peserta bukan sahaja memperoleh kefahaman awal tentang keusahawanan, malah dapat membina keyakinan, kreativiti dan pemikiran asas dalam merancang idea perniagaan mereka sendiri secara tersusun dan praktikal.