Tarikh : 10 Januari 2026
Masa : 10.00 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektif untuk memberi pendedahan awal kepada komuniti mengenai peluang pembelajaran kemahiran yang ditawarkan di bawah inisiatif MAHIR. Forum ini bertujuan membantu peserta memahami hala tuju program, bidang kemahiran yang sesuai dengan minat serta potensi untuk pembangunan diri dan kebolehpasaran pada masa hadapan.
Aktiviti
Sepanjang forum berlangsung, peserta diperkenalkan dengan pelbagai bidang yang ditawarkan iaitu MAHIR Masak, MAHIR Foto, MAHIR Jahit, MAHIR Pertanian dan MAHIR Baiki Gajet. Setiap bidang diterangkan dari segi skop pembelajaran, kemahiran yang akan diperoleh serta manfaat jangka panjang kepada peserta. Sesi ini turut menjadi platform perkongsian dan interaksi bersama komuniti bagi meningkatkan kefahaman serta keyakinan sebelum menyertai program.