mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X e-Sukan – Kelas Kesedaran dan Pensijilan e-Sukan (Pengenalan E-Sukan : Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur)

Tarikh   : 09 Januari 2026

Masa    : 10.00 – 10.30 am

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta tentang dunia e-sukan sebagai satu bidang yang berstruktur, berpotensi dan berdisiplin, serta membuka minda bahawa e-sukan bukan sekadar hobi semata-mata tetapi boleh dibangunkan sebagai program kompetitif yang sihat dan berfaedah.

Aktiviti

Program ini telah berlangsung dengan pengisian yang merangkumi pengenalan kepada e-sukan dan perkembangannya di Malaysia, perbezaan antara permainan secara hobi dan e-sukan kompetitif berstruktur, penerapan elemen penting seperti disiplin, strategi, kerja berpasukan dan etika pemain, serta perkongsian peluang pendidikan, kerjaya dan pembangunan bakat melalui e-sukan. Melalui sesi ini, peserta memperoleh pemahaman yang lebih menyeluruh tentang ekosistem e-sukan serta menyedari potensi e-sukan sebagai satu platform pembangunan diri dan masa depan yang positif.

Gambar di sini