Tarikh : 11 Januari 2026
Masa : 10.00 – 11.00 pagi
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta tentang kepentingan perancangan perniagaan serta membantu mereka memahami konsep asas business plan secara ringkas dan mudah.
Aktiviti
Program ini telah dilaksanakan melalui perkongsian video bertajuk “Cerita Bisnes PakAbu” dan Apa Itu Bisnes Plan, yang menggunakan pendekatan penceritaan santai bagi menerangkan maksud, fungsi dan kepentingan pelan perniagaan dalam dunia keusahawanan. Melalui kandungan ini, peserta dapat memahami asas perancangan perniagaan dengan lebih jelas, membina pemikiran yang tersusun sebelum memulakan bisnes, serta membuat persediaan awal yang lebih yakin untuk menyertai sesi latihan keusahawanan seterusnya.