Tarikh : 15 Januari 2026
Masa : 3.00 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai jenis-jenis ancaman siber yang wujud dalam dunia digital serta meningkatkan kesedaran terhadap risiko keselamatan siber dalam penggunaan teknologi harian.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan pengisian yang menumpukan kepada penerangan pelbagai bentuk ancaman siber, situasi sebenar yang sering berlaku, serta kepentingan langkah pencegahan bagi melindungi data dan keselamatan diri dalam talian. Melalui webinar ini, peserta memperoleh pengetahuan asas yang penting, menjadi lebih peka terhadap risiko keselamatan siber, dan lebih bersedia untuk mengamalkan penggunaan teknologi secara selamat dan bertanggungjawab.