mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Open Live Class Sains | Januari 2026

Tarikh   : 15 Januari 2026

Masa    : 3.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk membantu pelajar memahami topik awal pembelajaran secara lebih jelas, tersusun dan mudah difahami melalui pendekatan kelas langsung yang interaktif.

Aktiviti

Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian berfokus mengikut tahap pembelajaran, iaitu Bab 1: Biodiversiti bagi Tingkatan 2, Bab 1: Rangsangan dan Gerak Balas bagi Tingkatan 3, serta Bab 1: Mikroorganisma bagi Tingkatan 5. Sepanjang sesi, pelajar dibimbing melalui penerangan langkah demi langkah, perbincangan konsep penting serta contoh yang dikaitkan dengan situasi sebenar bagi membantu pengukuhan kefahaman. Melalui program ini, pelajar dapat membina asas pengetahuan yang kukuh, meningkatkan keyakinan dalam memahami topik awal subjek, serta lebih bersedia untuk mengikuti pembelajaran seterusnya di sekolah.

Gambar di sini