Tarikh : 16 Januari 2026
Masa : 10.00 – 10.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membentuk kefahaman dan kesedaran peserta tentang kepentingan etika, sikap profesional serta disiplin dalam dunia e-sukan yang semakin berkembang.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan pengisian yang menekankan peranan etika sebagai pemain e-sukan, kepentingan sikap profesional dalam pertandingan, tanggungjawab serta disiplin sebagai pemain, dan cara membina imej positif dalam arena e-sukan. Melalui modul ini, peserta didedahkan kepada nilai-nilai murni dan amalan terbaik yang perlu diamalkan agar e-sukan dapat dibangunkan sebagai satu bidang yang sihat, berintegriti dan berdaya saing, di samping melahirkan pemain yang berdisiplin serta dihormati dalam komuniti e-sukan.