mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Government Initiative – Pendaftaran My Digital ID

Tarikh   : 01-04 Januari 2026

Masa    : 9.30 am – 5.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Pendaftaran My Digital ID bertujuan untuk memberi pendedahan dan galakan kepada masyarakat mengenai penggunaan My Digital ID sebagai identiti digital rasmi bagi mengakses perkhidmatan kerajaan secara dalam talian. Program ini dilaksanakan bagi memudahkan orang ramai memahami proses pendaftaran dan pengaktifan My Digital ID, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan dan kecekapan dalam urusan digital bersama agensi kerajaan.

Aktiviti

Melalui penyertaan dalam program ini, peserta memperoleh kelebihan dari segi kemudahan akses ke pelbagai laman web dan perkhidmatan kerajaan seperti MyJPJ, MyTax dan platform berkaitan hanya dengan satu kata laluan. Penggunaan My Digital ID menjadikan urusan dalam talian lebih pantas, selamat dan teratur, di samping mengurangkan kebergantungan kepada pelbagai akaun dan kata laluan. Program ini juga membantu peserta menjadi lebih bersedia dalam mendepani transformasi digital serta mengamalkan penggunaan perkhidmatan e-kerajaan secara lebih efisien dan selamat.

Gambar di sini