Tarikh : 14 Januari 2026
Masa : 3.00 – 4.30pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pengenalan awal kepada peserta mengenai Kursus Mahir Pertanian Pintar serta membantu mereka memahami struktur pembelajaran dan kaedah pelaksanaan kursus dengan jelas.
Aktiviti
Program ini telah berlangsung dengan pengisian yang merangkumi sesi pengenalan pengajar dan peserta, penerangan cara penggunaan Mahir Training System (MTS), serta pembentangan outline dan hala tuju Kursus Pertanian Pintar. Melalui sesi pengenalan ini, peserta memperoleh gambaran menyeluruh tentang kandungan kursus, kaedah pembelajaran yang akan digunakan, serta persediaan awal yang diperlukan untuk mengikuti kursus dengan lebih yakin dan berkesan.