mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Wellbeing : (CARE) Webinar Kanser Serviks : Kenapa Wanita Malaysia Masih Tak Buat Saringan? | Dr. Khoo Su Pei – Pengarah Program, Yayasan ROSE

Tarikh   : 20 Januari 2026

Masa    : 4.30 – 5.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Terbuka

Tujuan

Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan wanita tentang kepentingan saringan awal kanser serviks serta membetulkan salah faham yang sering menjadi penghalang untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Aktiviti

Program ini telah berlangsung dengan perbincangan yang menekankan hakikat bahawa kanser serviks boleh dicegah, namun masih ramai wanita teragak-agak untuk menjalani saringan disebabkan faktor takut, malu, kurang pengetahuan atau anggapan bahawa diri mereka sihat dan tidak memerlukan pemeriksaan. Melalui webinar ini, peserta memperoleh pemahaman yang lebih jelas tentang kepentingan saringan awal, faktor risiko yang perlu diberi perhatian, serta dorongan untuk mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri demi kesejahteraan jangka panjang.

Gambar di sini