Tarikh : 28 Januari 2026
Masa : 4.00 – 5.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang peluang kerjaya dalam industri e-sukan, bukan sahaja sebagai pemain profesional tetapi juga dalam bidang seperti pengurusan acara, penstriman, produksi kandungan, analisis data permainan, jurulatih, pemasaran digital, dan pembangunan permainan.
Aktiviti
Melalui episod ini, peserta berpeluang mendengar kisah dan pengalaman praktikal daripada pakar industri, serta memahami kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam e-sukan secara profesional. Program ini memberi kelebihan kepada peserta dengan membolehkan mereka mengenal pasti laluan kerjaya sesuai, meningkatkan kesedaran tentang industri, dan mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang relevan. Semoga episod ini menjadi inspirasi untuk peserta mengambil langkah proaktif membina kerjaya dalam dunia e-sukan.