Tarikh : 05 Februari 2026
Masa : 3.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 1 hingga 5 menguasai kemahiran menulis karangan pendek dengan lebih jelas, tersusun dan bermakna melalui pendekatan pembelajaran secara langsung dan interaktif.
Aktiviti
Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian berfokus kepada teknik penulisan karangan pendek, pengembangan idea, serta penggunaan tatabahasa dan kosa kata yang tepat. Sepanjang sesi, pelajar dibimbing melalui penerangan kaedah menulis, latihan menulis karangan secara praktikal, serta perbincangan contoh ayat kreatif dan relevan bagi mengukuhkan pemahaman mereka. Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan keyakinan menulis, memperkayakan kosa kata, serta mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam tugasan harian dan peperiksaan.