Tarikh : 05 Februari 2026
Masa : 11.00 – 11.30 am
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membantu ibu bapa memahami kesan tekanan akademik dan peperiksaan terhadap kesihatan fizikal dan emosi anak melalui podcast ini.
Aktiviti
Podcast ini juga membincangkan kepentingan rutin harian, emosi, dan persekitaran belajar yang sihat, serta peranan ibu bapa dalam menyokong anak tanpa memberi tekanan yang tidak disedari. Melalui sesi ini, ibu bapa dapat mengenal pasti tanda-tanda stres akademik pada anak, meningkatkan sokongan di rumah, dan membantu anak menghadapi ujian dan peperiksaan dengan lebih bersedia dan seimbang.