Pertandingan Mewarna Online dengan Tadika Kemas
Tarikh : 5/10/2017
Tempat : PI1M Merbau Pulas
Masa : 10 pagi – 12 tengahari
Peserta : 10 Org Peserta
Tujuan
Para peserta terdiri dari pelajar Tadika Kemas Permatang Durian, Merbau Pulas, terdiri dari 10 orang pelajar. Pelajar dapat belajar cara mewarna online dan cara mengunakan komputer.
Aktiviti
Setiap pelajar dikehendaki mewarnakan gambar secara online dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Selain belajar mewarna online, para pelajar juga belajar mengendalikan komputer seperti mengawal pergerakan mouse semasa mewarna dan bagaimana mengunakan computer
Kelas Origami dan Edit Gambar
Tarikh : 13/10/2017
Tempat : PI1M Merbau Pulas
Masa : 10 – 12 tengahari
Peserta : 12 Org Peserta
Tujuan
Memberi pendedahan kepada para peserta menggunakan komputer untuk “edit” dan “upload” gambar yang telah diwarna melalui “Microsoft Word”.
Aktiviti
Seramai 10 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini, Para peserta yang terdiri dari kanak-kanak dapat belajar asas penggunaan komputer untuk megedit gambar. Mereka berasa sangat teruja dapat belajar cara mengedit gambar
Pertandingan Kolaj
Tarikh : 20/10/2017
Tempat : PI1M Merbau Pulas
Masa : 10 – 12 tengahari
Peserta : 13 Org Peserta
Tujuan
Seramai 13 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini,Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk menguji kecekapan minda setiap perserta
Aktiviti
Aktiviti dijalankan untuk melihat kreativiti para peserta dalam menghasil.
Bengkel Kecantikan Mary Kay
Tarikh : 21/10/2017
Tempat : PI1M Merbau Pulas
Masa : 10 pagi – 12 tengahari
Peserta : 11 Org Peserta
Tujuan
Seramai 11 orang peserta mengabil bahagian dalam program ini,tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk mempromosikan PI1M kepada golongan wanita disamping itu juga bengkel ini mengajar golongan wanita cara menjaga kesihatan dan kecantikan. Melalui bengkel wanita boleh menambah pendapatan melalui perniagaan dalam Mary Kay.
Aktiviti
Bengkel ini memberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan dikalangan para peserta dan kepentingannya.
Program PRA Hari Bersama Komuniti PI1M Merbau Pulas (pelajar dan waris Tadika Kemas kawasan Merbau Pulas)
Tarikh : 25/10/2017
Tempat : PI1M Merbau Pulas
Masa : 10 – 12 tengahari
Peserta : 45 Org Peserta
Tujuan
Seramai 45 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini,Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Dashboard komuniti dikalangan komuniti sempena Hari bersama PI1M Merbau Pulas.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan sempena program PRA Hari Bersama ialah mewarna pelajar Tadika Kemas dan Sesi Taklimat Dashboard Komuniti serta Kuiz KAHOOT Dashboard Komuniti bagi waris pelajar Tadika Kemas.
PRA Hari Bersama Komuniti PI1M Merbau Pulas
Tarikh : 26/10/2017
Tempat : PI1M Merbau Pulas
Masa : 9.30 pagi – 4 petang
Peserta : 95 Org Peserta
Tujuan
Seramai 95 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini yang melibatkan pelbagai kategori dari kanak-kanak hinggalah ke warga emas. Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk memeriahkan suasana sambutan Hari Bersama komuniti PI1M Merbau Pulas dan memperkenalkan PI1M kepada penduduk disamping itu juga turut memperkenalkan Dashboard komuniti dikalangan komuniti setempat.
Aktiviti
Antara Aktiviti yang dijalankan sempena program PRA Hari Bersama ialah mewarna menggunakan aplikasi Quiver Vision, Membina modul dari DIY Stick & Lego, Pertandingan KOLEM, ICT Treasure Hunt, Fast Typing (Belia, Wanita & Dewasa-warga emas), Pertandingan Pakaian Tercantik Sempena Deepavai & Download dan Menang Dashboard Komuniti.
Hari Bersama Komuniti PI1M Merbau Pulas
Tarikh : 27/10/2017
Tempat : PI1M Merbau Pulas
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Peserta : 350 Org Peserta
Tujuan
Seramai 350 orang pengunjung telah hadir dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang dianjurkan oleh PI1M Merbau Pulas yang melibatkan pelbagai kategori bermula dari kanak-kanak hingga ke dewasa, tujuan utama Hari Bersama Komuniti ini diadakan untuk mempromosikan PI1M dan memperkenalkan Dashboard Komuniti serta kemudahan yang disediakan.
Aktiviti
Antara Aktiviti yang dijalankan sempena program Hari Bersama ialah mewarna online, jigsaw puzzle online, e-waste program, taklimat klik dengan bijak, kuiz kdb, pameran dari agensi (PDRM, Zakat, MPK, Jabatan Veteriner, JKM, JPAM, KOSPEN) pemeriksaan kesihatan percuma kerjasama PI1M (My Health dan KOSPEN, jualan produk usahawan tempatan, disamping itu sukaneka kategori kanak-kanak dan dewasa juga diadakan untuk memeriahkan suasana. Acara kemuncak majlis, ialah ucapan majlis penutup Hari Bersama Komuniti PI1M Merbau Pulas oleh Dato Asmadi bin Abu Talib merangkap Penyelaras Dun Merbau Pulas.