mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Open Live Class Matematik | Februari 2026

Tarikh   : 16 Februari 2026

Masa    : 3.30 – 4.30 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk membantu pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 memahami topik Matematik dengan lebih jelas, tersusun dan berfokus melalui pembelajaran secara langsung yang interaktif.

Aktiviti

Program ini telah dilaksanakan dengan pengisian merangkumi Bab 4: Poligon bagi pelajar Tingkatan 2 serta Bab 3: Matematik Pengguna – Simpanan dan Pelaburan bagi pelajar Tingkatan 3. Sepanjang sesi, pelajar dibimbing melalui penerangan konsep langkah demi langkah, contoh soalan serta perbincangan aplikasi dalam situasi harian bagi mengukuhkan kefahaman. Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan penguasaan topik Matematik, membina keyakinan dalam menyelesaikan soalan, serta lebih bersedia menghadapi pembelajaran dan peperiksaan.

Gambar di sini