mcmc
Laporan Aktiviti

NADI X Nuture : (DiLea) Program Open Live Class Sains | Februari 2026

Tarikh   : 26 Februari 2026

Masa    : 2.45 – 3.45 pm

Tempat : NADI Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah

Tujuan

Objektifnya adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep sains melalui pembelajaran yang berfokus, tersusun dan selaras dengan silibus sekolah.

Aktiviti

Program ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada Bab 4: Kesihatan Manusia bagi pelajar Form 2 dan Bab 3: Pengangkutan bagi pelajar Form 3. Pengisian program merangkumi penerangan konsep utama, perbincangan proses dan sistem berkaitan, contoh aplikasi dalam kehidupan seharian, serta sesi soal jawab dan latihan pengukuhan bagi membantu pelajar memahami topik dengan lebih mendalam. Melalui pelaksanaan program ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, mengukuhkan kefahaman asas sains, serta meningkatkan keyakinan dalam mengikuti pembelajaran dan persediaan akademik secara lebih berkesan.

Gambar di sini