Tarikh : 28 Februari 2026
Masa : 9.00 am – 1.00 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep dan kemahiran asas world building sebagai elemen penting dalam penghasilan kandungan kreatif digital.
Aktiviti
Webinar ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada asas pembinaan world building, teknik menghidupkan dunia penceritaan, struktur persekitaran serta elemen visual, dan aplikasi world building dalam bidang animasi, permainan video, serta penghasilan kandungan digital. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan dan kefahaman tentang cara membina dunia penceritaan yang menarik dan konsisten, seterusnya mengembangkan kreativiti serta kemahiran yang relevan untuk diterapkan dalam industri kreatif dan e-sukan.