Tarikh : 02 Mac 2026
Masa : 2.45 – 3.45 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas dan Kediaman Peserta
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk mengukuhkan pemahaman dan penguasaan pelajar terhadap konsep Matematik melalui sesi ulangkaji yang tersusun dan interaktif mengikut tahap pembelajaran masing-masing.
Aktiviti
Program ini memberi tumpuan kepada ulangkaji Bab 1 hingga Bab 4 untuk semua form (1–5), dengan fokus khusus kepada Bab 4: Lukisan Berskala bagi pelajar Form 3. Pengisian program merangkumi penerangan konsep, contoh soalan, penyelesaian langkah demi langkah, serta latihan praktikal bagi membantu pelajar memahami topik dengan lebih mendalam. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah Matematik, serta meningkatkan keyakinan dalam menghadapi pembelajaran dan peperiksaan secara lebih berkesan.