Tarikh : 05 Mac 2026
Masa : 11.30 am – 12.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas fashion styling dan pemilihan pakaian yang sesuai bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan diri.
Aktiviti
Program ini telah dilaksanakan menumpukan kepada tips memilih padanan pakaian, kombinasi warna, dan gaya yang sesuai, agar peserta dapat tampil lebih yakin, bergaya, dan kemas, terutamanya menjelang Hari Raya. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, mempraktikkan teknik pemilihan pakaian yang betul, dan mengaplikasikan kreativiti dalam gaya peribadi untuk menonjolkan penampilan yang menarik dan selesa.