Tarikh : 06 Mac 2026
Masa : 2.30 – 4.30 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Terbuka
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta mengenai penggunaan internet yang selamat melalui aktiviti kreatif yang menyeronokkan dan interaktif.
Aktiviti
Program ini telah dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada dua kategori utama bagi peserta 12 tahun dan ke bawah, tema poster menekankan kepentingan mengurus masa skrin dengan bijak melalui mesej “Jangan Main Gajet Terlalu Lama – Bahagikan Masa Dengan Betul”, manakala bagi peserta 13 tahun dan ke atas, tema infografik menekankan kepentingan menyemak fakta sebelum berkongsi maklumat melalui mesej “Semak Dulu Sebelum Kongsi – Elak Berita Palsu”. Melalui pertandingan ini, peserta berpeluang mengasah kreativiti, meningkatkan kefahaman tentang keselamatan digital, serta memupuk sikap bertanggungjawab dan bijak dalam penggunaan internet.