Tarikh : 09 Mac 2026
Masa : 2.45 – 3.45 pm
Tempat : NADI Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta terhadap topik sejarah melalui penerangan yang tersusun serta perbincangan yang selaras dengan silibus pembelajaran di sekolah.
Aktiviti
Program ini memberi tumpuan kepada Bab 4: Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu bagi pelajar Form 2 serta Bab 3: Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bagi pelajar Form 3. Pengisian program merangkumi penerangan konsep utama, perbincangan latar belakang sejarah serta contoh peristiwa penting bagi membantu pelajar memahami perkembangan sejarah dengan lebih jelas. Melalui sesi ini, peserta berpeluang menambah pengetahuan, mengukuhkan pemahaman terhadap topik sejarah, serta meningkatkan keyakinan dalam mengikuti pembelajaran dan persediaan akademik dengan lebih berkesan.