mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Bulan Disember

Kelas Taekwondo

Tarikh                 : 04 Disember  2017

Masa                  : 9.30 Pagi – 11 Pagi

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta              : 19 Orang Peserta

 

Tujuan

Kelas Taekwondo diadakan adalah bertujuan untuk memupuk minat para peserta yang terdiri dari generasi muda terlibat dalam aktiviti sihat dan mempelajari ilmu mempertahankan diri secara percuma. Selain itu kelas ini bertujuan mempromosikan kelas yang dianjurkan oleh usahawan dibawah bimbingan PI1M.

Aktiviti

Para peserta diajar asas teknik seni mepertahankan diri, bermula dari teknik pemanasan badan yang betul dari mengelak badan mereka menjadi kejang sebelum memulakan latihan. Para peserta juga diajar teknik untuk fighting mengunakan peralatan yang disediakan oleh jurulatih yang bertauliah dari WTF.

Galeri Foto

Chef Cilik (dekorasi kek cawan)

Tarikh                 : 06 Disember  2017

Masa                  : 10.00 pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta              : 14 Orang Peserta

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujun untuk menarik  minat para pelajar untuk belajar dunia bakeri dan dekorasi kek secara asas, dan memanfaatkan cuti sekolah dengan menyertai aktiviti yang berfaedah.

Aktiviti

Para peserta dikehendaki mendekorasi kek cawan yang disediakan mengunakan kemahiran dan kreativiti masing-masing.

Galeri Foto

Kelas Asas Microsoft Word

Tarikh                 : 08 Disember  2017

Masa                  : 10.00 pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta              : 10 Orang Peserta

 

Tujuan

 Memberi pendedahan kepada para peserta menggunakan komputer untuk membuat jadual waktu melalui “Microsoft Word”. 

Aktiviti

 Para peserta mendapat pengetahuan tentang ICT, Microsoft Word dan cara membuat jadual waktu.
 
 

Kelas Membuat Poster (Canva)

Tarikh                 : 09 Disember  2017

Masa                  : 10.00 pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta              : 10 Orang Peserta

 

Tujuan

 Memberi pendedahan kepada para peserta tentang laman web “Canva” untuk membuat poster yang menarik.

Aktiviti

 Para peserta mendapat pengetahuan tentang “Canva”,cara menggunakan laman web tersebut dan cara membuat poster dengan mudah.
 

Kelas Asas Microsoft Excel

Tarikh                 : 14 Disember  2017

Masa                  : 10.00 pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta              : 6 Orang Peserta

 

Tujuan

Para peserta terdiri dari 6 orang peserta terdiri dari pelajar sekolah, tujuan kelas ini adalah untuk memperkenalkan asas Microsoft Excel kepada para pelajar dan cara mengunakan Excel

Aktiviti

 Belajar tentang cara membuat jadual melalui Microsoft Excel dan cara formula mudah untuk pengiraan dalam Excel.

 Galeri Foto

 

Pertandingan “Kuiz Find It”

Tarikh                 : 16 Disember  2017

Masa                  : 10.00 pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta              : 6 Orang Peserta

 

Tujuan

Para peserta terdiri dari 6 orang peserta terdiri dari pelajar sekolah, tujuan kelas ini adalah untuk menguji pengetahuan tentang ICT dan mendapat penerangan tentang ICT dan Sistem komputer.

Aktiviti

Para peserta dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dan mengunakan internet untuk mencari jawapan setiap soalan yang disediakan, mereka perlu menyiapkan soalan dalam masa yang ditetapkan.

Galeri Foto

Pertandingan Asas Sistem Komputer

Tarikh                 : 17 Disember  2017

Masa                  : 10.00 pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 6 Orang Peserta

 

Tujuan

Para peserta terdiri dari 6 orang peserta terdiri dari pelajar sekolah, tujuan kelas ini adalah untuk menguji pengetahuan am dan mendapat pengetahuan tentang maksud logo ICT dan Fungi ICT.

Aktiviti

Para peserta dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dan mengunakan internet untuk mencari jawapan setiap soalan yang disediakan, mereka perlu menyiapkan soalan dalam masa yang ditetapkan.

Galeri Foto

Pertandingan Menganyam Tikar

Tarikh                 : 23 Disember  2017

Masa                  : 9.00 pagi- 11.00 Petang

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 10 Orang Peserta

 

Tujuan

Tujuan  pertandingan ini dijalankan adalah untuk menguji kemahiran dan kecekapan serta kreativiti setip peserta.

Aktiviti

Mengasah minda dan menguji kreativiti, selain membina semangat berpasukan dan saling bantu membantu.Sebelum aktiviti anyaman tikar kertas dilakukan setiap peserta diberi peluang untuk melihat dan diajar cara menganyam mengunakan You Tube .

 
 

Kelas Asas Microsoft Power Point

Tarikh                 : 23 Disember  2017

Masa                  : 11.00 pagi- 11.00 Petang

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 10 Orang Peserta

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta mengenai asas dan cara mengunakan Power Point untuk tujuan pembelajaran

Aktiviti

Setiap peserta diajar cara mengunakan power point dan  diberi penerangan cara pengunaan Power Point.Melalui program ini setiap peserta dapat belajar cara membuat slide dan mengunakan power point.

 
 

PROGRAM DA’I DIGITAL

Tarikh                 : 27 Disember  2017

Masa                  : 9.00 pagi- 5.00 Petang

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 5 Orang Peserta

 

Tujuan

Memberi pengenalan dan pendedahan mengenai asas Media Sosial seperti Gmail & Blog, kepada pegawai masjid dan guru-guru kafa yang terlibat.

Aktiviti

Para peserta terdiri dari pegawai masjid dan guru kafa,program ini berjalan selama 2 hari bagi memastikan objektif program tercapai.Program ini melibatkan kerjasama antara Pejabat Agama Kulim dan PI1M Kluster Kulim, yang dijalankan disetiap PI1M didaerah Kulim.Program ini memberi peluang kepada para pegawai dan guru yang terlibat untuk belajar sesuatu yang baru bagi memudahkan mereka dalam urusan pekerjaan dan belajar sesuatu yang baru.

Galeri Foto

PROGRAM DA’I DIGITAL Sesi Kedua

Tarikh                 : 28 Disember  2017

Masa                  : 9.00 pagi- 5.00 Petang

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 5 Orang Peserta

 

Tujuan

Memberi pengenalan dan pendedahan mengenai asas Media Sosial seperti Facebook, Pages Facebook, You Tube kepada pegawai masjid dan guru-guru kafa yang terlibat.

Aktiviti

Para peserta terdiri dari pegawai masjid dan guru kafa,program ini berjalan selama 2 hari bagi memastikan objektif program tercapai.Program ini melibatkan kerjasama antara Pejabat Agama Kulim dan PI1M Kluster Kulim, yang dijalankan disetiap PI1M didaerah Kulim.Program ini memberi peluang kepada para pegawai dan guru yang terlibat untuk belajar sesuatu yang baru bagi memudahkan mereka dalam urusan pekerjaan dan belajar sesuatu yang baru.

Galeri Foto

Pertandingan Melukis “Tahun Baru 2018”

Tarikh                 : 29 Disember  2017

Masa                  : 10.00 pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi                 : PI1M Merbau Pulas

Peserta               : 7 Orang Peserta

 

Tujuan

Program ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat kebolehan setiap peserta dalam melakukan sesuatu yang kreatif, dari sudut seni dan kemahiran.

Aktiviti

Seramai 7 orang peserta mengambil bahagian dalam program ini dan mereka perlu melukis mengenai sesuatu yang bertemakan 2018.Melatih mereka untuk lebih kreatif dan mencungkil bakat mereka dalam bidang seni lukisan.