Tarikh : 27 Ogos 2022
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : Bilik Latihan PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar sekolah rendah
Tujuan
Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan para peserta.
Aktiviti
Para peserta diberikan arahan untuk membuka laman Canva iaitu sebuah laman web untuk membuat poster dan lain-lain lagi. Seterusnya petugas akan memberikan arahan mengenai aktiviti yang akan dijalankan, dimana para peserta diminta untuk membuat satu poster bertemakan bulan kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi. Terdapat 4 orang peserta yang terlibat iaitu 3 perempuan dan 1 orang lelaki. Pada akhir program, setiap poster yang dihasilkan oleh mereka akan dipilih sebagai pemenang utama, kedua, ketiga dan saguhati untuk tempat ke-empat.