mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Komputer (Slide PowerPoint)

Tarikh   : 06 Oktober 2022

Masa    : 3:30 pm – 5:30 pm

Tempat : Bilik Latihan PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar sekolah rendah

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar para peserta untuk membuat slide yang bergerak.

Aktiviti

Pada awal permulaan kelas, para peserta diminta untuk memuat turun beberapa gambar dari laman web di google dimana setiap gambar yang dimuat turun itu akan digunakan untuk menghasilkan animasi yang bergerak di dalam slide. Seterusnya, petugas memberikan arahan kepada para peserta untuk mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan oleh petugas. Sebagai contohnya, para peserta diajar bagaimana cara-cara untuk membuat slide, memasukkan gambar ke dalam slide, menaip perkataan di dalam slide dan juga cara untuk menggerakkan gambar di dalam slide tersebut. Terdapat 12 orang peserta yang terlibat dengan kelas ini.

 

Galeri Foto