Tarikh : 22 Oktober 2022
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran para peserta yang dengan menggunakan Microsoft Word dengan baik dan betul.
Aktiviti
Pelajar dibimbing mengenai cara menaip artikel melalui Microsoft Word berdasarkan contoh artikel yang telah disediakan oleh petugas dan juga cara memasukkan gambar ke dalam artikel tersebut yang bertemakan ‘Sejarah Deepavali’. Seterusnya, petugas juga mengadakan pertandingan menaip di mana para peserta perlu menaip secara pantas dan betul berdasarkan teks yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan bagi menentukan pemenang pertandingan tersebut.