mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Komputer (Pengenalan Asas Microsoft Office)

Tarikh   : 12 Disember 2022

Masa    : 10:00 am – 12:00 pm

Tempat : PEDi Merbau Plas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Kelas Pengenalan Asas Microsoft Office ini diadakan untuk mendedahkan dan mendidik serta memahirkan peserta dalam mencipta sesuatu tugasan menggunakan aplikasi Microsoft Office Word, Power Point dan Excel melalui menu-menu yang tersedia di dalam aplikasi berkenaan.

Aktiviti

Pada awal permulaan kelas, petugas telah menerangkan kepada para peserta yang hadir mengenai perkakasan teknologi komputer merangkumi monitor, mouse dan keyboard beserta fungsi dan kaedah penggunaannya sebelum para pelajar diberikan pengenalan dan penerangan berkaitan Microsoft Office termasuk Microsoft Office Word, Excel dan PowerPoint serta fungsinya mengikut kesesuaian bagi sesuatu tugasan. Para pelajar didedahkan kepada perisian Microsoft Office Word yang mana para pelajar diajarkan fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan teknik mengaplikasikan fungsi tersebut ke dalam tugasan yang diberikan. Sementara di Kelas Microsoft Office Excel pula, para pelajar diberikan penerangan dan pendedahan kepada perisian Microsoft Office Excel dimana para pelajar diberikan pendedahan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam perisian tersebut dan mengaplikasikan fungsi-fungsi tersebut dengan diajarkan secara langkah demi langkah. Selain daripada itu, para pelajar didedahkan juga kepada perisian Microsoft Office Power Point dimana para pelajar diterangkan kepada fungsi-fungsi menu yang terdapat di dalam aplikasi tersebut.

Galeri Foto