Tarikh : 04 Ogos 2023
Masa : 09:00 am – 7:00 pm
Tempat : Felda Teloi Timur, Sik
Peserta : Terbuka
Tujuan
Tujuannya adalah untuk mempromosikan dan memperkenalkan PEDi dikalangan warga Felda seterusnya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara petugas PEDi dengan komuniti Felda.
Aktiviti
Booth Klik Dengan Bijak kluster Baling bersama pihak MCMC negeri Kedah, sempena Karnival Segalanya Felda, antara aktiviti yang dijalankan ialah teka jumlah bilangan Logo KDB dan PEDi, Kuiz Roda Impian KDB, jigsaw puzzle, mewarna online dan penerangan mengenai KDB. Karnival ini dirasmikan oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Pengerusi Felda Yang Berbahagia Dato Seri Ahmad Shabery Bin Cheek berkesempatan melawat booth agensi terlibat termasuk booth dari MCMC. Selain itu, terdapat juga pelbagai pameran agensi dan jualan usahawan termasuk jualan rahmah turut dijalankan. YAB Perdana Menteri memberi ucapan dan sekaligus merasmikan karnival pada sebelah petang.