Tarikh : 21 Oktober 2023
Masa : 09:00 am – 3:00 pm
Tempat : SK Tunku Abdul Malik, Kulim
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Tujuan
Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dan pendedahan awal mengenai KDB kepada pelajar-pelajar sekolah sempena Program Jota Joti Jamboree On the Air On the Internet.
Aktiviti
Melibatkan Unit Beruniform Pengakap Malaysia dibawah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah telah berlangsung di Sek Keb Tunku Abdul Malik, Kulim. Hampir 1000 orang pelajar terlibat dalam himpunan pengakap peringkat negeri ini. Dan terdapat 21 checkpoint yang perlu mereka habiskan untuk mendapat cop menandakan mereka telah selesai melalui checkpoint tersebut.
Pihak MCMC negeri Kedah turut bersama dalam menjayakan program dengan membuka 5 booth checkpoint. Kempen kesedaran Klik Dengan Bijak menjadi platform bersama untuk dikongsi kepada para peserta. Antara tajuk yang dipilih untuk diberi penerangan kepada peserta ialah Terlebih Kongsi, Kawalan Kendiri, Maklumat Palsu, Online Grooming dan Penipuan Atas Talian.