Tarikh : 04 November 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuannya adalah untuk mendedahkan mereka tentang perkakasan komputer IT disamping belajar menaip menggunakan keyboard supaya lebih mahir dalam menaip menggunakan komputer.
Aktiviti
Pendedahan awal diberikan kepada kanak-kanak mengenai fungsi ‘keyboard’ untuk menaip, cara menaip dengan betul, kelebihan menaip dengan betul dan lain-lain lagi. Latihan menaip dan mengira juga diberikan melalui laman web pendidikan iaitu Digi Puzzles. Melalui kelas ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk menggunakan komputer dengan cara yang betul.