Tarikh : 10 November 2023
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Tujuan aktiviti ini adalah untuk membimbing peserta menguasai dan membiasakan diri dengan penggunaan Software Microsoft PowerPoint.
Aktiviti
Pada awal sesi kelas, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai Microsoft PowerPoint seperti fungsi yang terdapat pada setiap Toolbar yang disediakan. Sebagai contohnya, dari segi design, transition, animation, slideshows dan lain-lain lagi. Melalui kelas ini, pelajar diajar mengunakan animation dalam slide PowerPoint bagi menggerakan gambar haiwan menjadi slide yang menarik.