mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Kelas Grooming

Tarikh   : 07 November 2023

Masa    : 10:00 am – 12:00 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Wanita

Tujuan

Diadakan bertujuan untuk menerangkan panduan tatacara/tatahias yang bersesuain dengan bentuk fizikal, wajah, warna kulit individu dan mengaplikasikan tatacara berpakaian yang betul mengikut acara/majlis dihadiri.

Aktiviti

Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Kesimpulannya, kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta latihan kepada penjawat awam berkenaan dengan imej dan keterampilan yang lebih rapi selari dengan norma dan kod etika pemakaian bagi meningkatkan keyakinan diri dan menonjolkan kewibawaan serta identiti tersendiri individu tersebut.

Galeri Foto