mcmc
Laporan Aktiviti

Persidangan PEDi Madani di PICC

Tarikh   : 29 November 2023

Masa    : 9.00 am – 6.00 pm

Tempat : Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Peserta : Petugas PEDi, Kementerian Komunikasi dan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Telekom Malaysia dan lain-lain lagi.

Tujuan

Bagi mengiktiraf peranan penting PEDi dalam komuniti, Persidangan PEDi yang diadakan bertujuan untuk menghimpunkan barisan pengurus dan para usahawan daripada seluruh pelosok negara. Mereka akan berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka selain menonjolkan kisah kejayaan pusat-pusat berkenaan. Acara bersejarah ini akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang akan menyaksikan persidangan yang julung kali diadakan ini memberi pengiktirafan kepada PEDi sejak penubuhannya.

Aktiviti

Persidangan yang berlangsung selama satu hari itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri KKD, YB Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, serta Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din. Persidangan ini dianjurkan untuk mengiktiraf para pengurus dan penolong pengurus PEDi yang merupakan tulang belakang dan nadi penggerak kepada PEDi di seluruh negara. Beberapa kategori anugerah seperti Pengurus PEDi dan Penolong Pengurus PEDi Terbaik, Usahawan PEDi Terbaik, PEDi Terbaik serta Anugerah Khas PEDi telah disampaikan bagi menghargai sumbangan mereka. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik juga diadakan sepanjang persidangan tersebut termasuk sesi masterclass, pocket talk dan perkongsian, reruai pameran daripada usahawan-usahawan PEDi, syarikat-syarikat telekomunikasi serta rakan kolaborasi. Terdapat 3 sesi perkongsian iaitu Sesi Perkongsian 1 : Pembangunan Keusahawanan, Sesi Perkongsian 2: Penciptaan Peluang Pekerjaan dan Peningkatan Kemahiran, dan Sesi Perkongsian 3 : Pemerkasaan Sosial melalui Pendigitalan PEDi.