Tarikh : 04 Januari 2024
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah
Tujuan
Tujuan pertandingan ini adalah untuk melatih para peserta untuk berfikir di luar kotak dan untuk meningkatkan pengetahuan tentang perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang sering digunakan.
Aktiviti
Pertandingan Word Search Puzzle telah diadakan dengan melibatkan 6 orang peserta sekolah rendah. Word Search Puzzle ialah permainan perkataan yang terdiri daripada huruf perkataan yang diletakkan dalam grid, yang biasanya mempunyai bentuk segi empat tepat atau segi empat sama. Objektif teka-teki ini adalah untuk mencari dan menandakan semua perkataan yang tersembunyi di dalam kotak. Perkataan boleh diletakkan secara mendatar, menegak atau menyerong. Peserta ditugaskan untuk mencari sebanyak mungkin perkataan yang terdapat pada puzzle tersebut dan pemenang akan dikira melalui seberapa banyak perkataan yang dijumpai oleh peserta tersebut. Selain itu, Word Search juga merupakan salah satu cara yang baik untuk menunjukkan penggunaan algoritma carian.