Tarikh : 12 Januari 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektifnya adalah untuk membantu peserta mengulangkaji pelajaran dengan cara yang menarik dan efektif sempena minggu peperiksaan akhir tahun.
Aktiviti
Ulangkaji ini dijalankan secara dalam talian melalui laman web Quizziz dan Kuiz Kahoot Math Boys. Pada awal sesi kelas, petugas memberikan penerangan ringkas mengenai cara untuk menjawab soalan melalui laman web kuiz tersebut. Kemudian peserta diberikan tempoh masa untuk mereka menjawab kuiztersebut. Antara matapelajaran yang diulangkaji adalah subjek Sains, Matematik, dan Bahasa Melayu.