Tarikh : 03 Februari 2024
Masa : 2.00 pm – 4.00 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Sukarelawan JKM
Tujuan
Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi sesuatu maklumat di media sosial.
Aktiviti
Taklimat KDB ini melibatkan peserta dari Program Sukarelawan JKM. ‘Oversharing’ bermaksud mengepos terlalu banyak informasi/maklumat peribadi di laman sosial & membiarkan jutaan orang di internet melihat informasi peribadi anda. Hal ini kerana terdapat banyak kesan negatif jika seseorang overshare seperti kecurian identiti, ancaman keselamatan, rompakan harta benda dan lain-lain lagi. Petugas juga menerangkan langkah-langkah menangani sikap ‘overshare’ kepada peserta. Oleh itu, sebagai pengguna internet kita perlulah bijak agar kita tidak terlebih berkongsi maklumat serta data kerana boleh mendatangkan mudarat pada diri sendiri serta dimanipulasi oleh orang lain.