mcmc
Laporan Aktiviti

(PEDi) Kelas Mendaftar SSM

Tarikh   : 09 Februari 2024

Masa    : 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Peniaga 

Tujuan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menawarkan pendaftaran Perniagaan secara percuma untuk tempoh setahun kepada golongan usahawan dalam kumpulan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa melalui Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). Oleh itu, PEDi mengambil inisiatif untuk membantu memudahkan urusan pendaftaran dengan membantu peserta memohon secara online.

Aktiviti

Untuk pendaftaran SSM ini, usahawan perlu mendaftar dengan memasukan data yang tepat dan perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak SSM untuk mendapatkan sijil SSM dan dicetak untuk simpanan. Antara manfaat pendaftaran SSM ini kepada peniaga-peniaga membolehkan perniagaan mendapat pengiktirafan entity perniagaan yang sah di sisi undang-undang. Serta melayakkan peniaga mendapatkan pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti perlindungan insuran, kemudahan kredit, kursus dan latihan, faedah baik pulih premis perniagaan dan lain-lain.

Galeri Foto