Tarikh : 24 Februari 2024
Masa : 10.30 am – 12.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Diadakan bertujuan untuk membantu peserta untuk menguasai penggunaan papan kekunci.
Aktiviti
Laman web TypingRacer adalah salah satu laman web pendidikan yang berkonsepkan permainan yang digunakan bagi membantu peserta untuk menaip dengan pantas dengan menggunakan papan kekunci. Aktiviti ini dapat membantu peserta untuk memahirkan diri dengan menggunakan asas peralatan komputer terutamanya alat papan kekunci dengan mahir dan cekap. Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kelas ini adalah pelajar mendapat pengetahuan tentang cara yang betul untuk menaip. Selain itu, peserta boleh membiasakan jari mereka dengan papan kekunci apabila digunakan untuk menaip.