Tarikh : 03 Mac 2024
Masa : 09.30 am – 12.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Kursus Latihan Pengendali Makanan diadakan bertujuan untuk membantu peserta untuk mendapatkan sijil pengendali makanan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Aktiviti
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini berlangsung secara atas talian bersama pihak SLPM NZ Bunga Venture. Para peserta diajar cara menguruskan dan mengendalikan makanan secara betul, kursus ini wajib bagi setiap usahawan dan individu yg bekerja dalam sektor melibatkan makanan. Selain itu, para peserta juga ditayangkan dengan sebuah video dan mereka perlu senaraikan kesalahan-kesalahan yang terdapat pada video tayangan tersebut. Kuiz juga diadakan pada akhir sesi bagi memastikan para peserta memahami dengan betul mengenai cara mengendali makanan dengan cara yang betul terutamanya dari segi kebersihan. Melalui kursus ini, pelbagai aspek termasuk keselamatan makanan, teknik penyediaan, dan amalan terbaik telah diperkenalkan kepada peserta termasuklah pemilihan bahan makanan yang berkualiti, teknik penyimpanan yang betul, serta pengenalan kepada amalan kebersihan semasa proses penyediaan makanan.