Tarikh : 07 Mac 2024
Masa : 3.30 pm – 5.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Wanita
Tujuan
Tujuannya adalah untuk membantu dan membimbing peserta untuk melengkapkan maklumat pemohon dan pasangan, maklumat wali dan lain-lain lagi seterusnya menghantar borang permohonan yang telah siap diisi.
Aktiviti
Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin Online ini diisi ataupun dimohon melalui laman web e Munakahat. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.