Tarikh : 15 Mac 2024
Masa : 2.30 pm – 4.30 pm
Tempat : PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai modus operandi isu scammer dan cara mengatasinya.
Aktiviti
Para peserta yang hadir ditayangkan video klip pendek mengenai Scammer. Program ini juga bertujuan untuk memberikan pemahaman dan membimbing kepada para peserta agar menggunakan internet serta gajet dengan bijak dan selamat supaya mereka mampu menghindari daripada terjebak menjadi mangsa scammer serta mengelakan diri daripada pelbagai risiko yang bahaya. Melalui taklimat ini, para peserta mendapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan mengenai modus operandi, taktik-taktik scammer dan cara-cara menghindari menjadi mangsa scammer. Malah, para peserta juga turut mendapat input yang positif supaya menggunakan internet serta gajet dengan bijak, selamat dan bertanggungjawab. Kuiz Kahoot berkaitan ‘Scammer’ juga diadakan pada akhir sesi taklimat.